Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Dewan Perniagaan Cina: K'tan janji teliti syor isu salun

Wakil masyarakat Cina Kelantan yang mengadakan pertemuan dengan exco kerajaan negeri semalam optimistik bahawa Majlis Perbandaran Kota Bharu akan melonggarkan peraturan ke atas salun rambut uniseks.

Pengerusi Dewan Perniagaan Cina Kelantan Goh Tee Chew berkata wakil kerajaan berkenaan berjanji untuk meneliti syor yang dikemukakan oleh mereka dalam pertemuan yang berlangsung selama kira-kira sejam itu.

"Kami meminta kerajaan negeri untuk melonggarkan peraturan yang menghalang pendandan rambut wanita daripada menggunting rambut pelanggan lelaki dan sebaliknya.

"Mereka masih perlu meneliti tuntutan kami. Mereka belum kata OK lagi, tapi saya optimistik selepas pertemuan itu," kata Goh ketika dihubungi.

Anggota exco Datuk Takiyudin Hassan dan Muhamed Fadzli Hassan merupakan antara wakil kerajaan yang menyertai pertemuan dengan wakil industri itu.

Goh bagaimanapun enggan mendedahkan butiran lanjut mengenai pertemuan berkenaan memandangkan dua anggota exco tersebut perlu memaklumkan hasil mesyuarat tersebut kepada majlis kerajaan negeri terlebih dahulu.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS