Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
GPMS bidas Dong Zong mahu berhimpun bantah pelan pendidikan

Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) membidas Persekutuan Persatuan-persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) yang mahu berhimpun untuk membantah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.

    

NONE Presidennya, Jais Abdul Karim (kanan) berkata Dong Zong seharusnya menggunakan saluran yang betul untuk meluahkan rasa tidak puas hati, bukan dengan berhimpun yang mungkin mencetuskan kejadian tidak diingini.

    

"Janganlah menyalahgunakan kebebasan bersuara sehingga boleh merosakkan suasana harmoni," katanya pada sidanga media di Kangar semalam.

    

Beliau mengulas mengenai kenyataan Dong Zong menerusi lamanweb serta iklan dalam akhbar bahawa mereka mahu menganjurkan perhimpunan pada 25 November ini bagi membantah pelan tersebut.

    

Dong Zong antara lain menyifatkan pelaksanaan pelan itu menyalahi prinsip keadilan pendidikan dan menjejaskan pembangunan pendidikan bahasa ibunda, perpaduan rakyat dan keharmonian masyarakat berbilang bangsa.

Mengulas lanjut, Jais berkata perbuatan Dong Zong membangkitkan isu itu pada saat negara sedang bersedia menghadapi pilihan raya umum juga menimbulkan kemusykilan akan agenda sebenar persekutuan tersebut.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS