Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Hindraf akan umum pelan tangani golongan miskin India

Pengerusi Hindraf, P Waythamoorthy hari ini mengumumkan bahawa pergerakan itu akan mengumumkan satu pelan tindakan lima tahun untuk menangani nasib golongan miskin dalam masyarakat India.

"Pada 25 November, sempena ulang tahun kelima perhimpunan Hindraf November 2007, kita akan mengumumkan pelan tindakan lima tahun kami untuk membawa golongan miskin dalam masyarakat India ke dalam arus pembangunan perdana negara," katanya dalam satu sidang akhbar di Brickfields hari ini.

p waythamoorthy hindraf pc brickfields five-year blueprint Pelan tindakan tersebut akan menggariskan pelan jangka pendek

pergerakan itu, yang berasaskan daripada 18 tuntutan kepada kerajaan pada tahun 2007.

Waythamoorthy enggan mendedahkan rancangan itu, tetapi berkata salah satu penyelesaian yang dicadangkan dalam pelan tindakan itu membabitkan anggaran 350,000 orang India tanpa kerakyatan di negara ini.

sehubungan itu, ia akan menggesa kerajaan menerima akuan bersumpah mengenai latarbelakang keluarga sebagai mencukupi untuk mengeluarkan kad pengenalan baru kepada kaum India tanpa kerakyatan di negara ini.

Di samping itu, penasihat kebangsaan Hindraf, N Ganesan berkata pelan tindakan itu akan mencari penyelesaian yang praktikal.

"Kami percaya isu ketiadaan kewarganegaraan bukanlah masalah teknikal tetapi masalah politik. Jika ada kemahuan politik, maka kita akan ada satu penyelesaian yang kekal dan menyeluruh," katanya.

Pengumuman hari ini dibuat selepas mesyuarat pemimpin Hindraf dari lapan negeri yang menyokong pendirian Waythamoorthy untuk menerima jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengadakan perjumpaan, dengan syarat pengharaman pertubuhan itu pada 2007 ditarik balik.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS