Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pemuda PAS kecam sebaran SMS fitnah bantah Nurul Izzah
Diterbitkan:  Nov 8, 2012 4:34 PM
Dikemaskini: 9:08 AM

Pemuda PAS hari ini mengecam pihak yang menyebarkan SMS fitnah yang mendakwa mereka akan mengadakan perhimpunan dan menyerah memorandum bantahan berhubung kenyataan Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar mengenai kebebasan beragama.

pas umno pemuda talks parliment 010709 nasrudin hassan Selepas menerima panggilan dan pertanyaan daripada wartawan, Ketuanya Nasrudin Hasan menegaskan kiriman SMS itu "sama sekali tidak benar dan fitnah" yang dilakukan oleh individu yang tidak bertanggungawab.

Mengulas lanjut Nasrudin berkata: "Untuk pengetahuan semua, kenyataan di atas yang disebarkan melalui pesanan ringkas adalah sama sekali tidak benar dari Dewan Pemuda PAS Malaysia. Sesiapa jua individu yang terlibat dalam menyebarkan fitnah ini adalah merupakan individu yang tidak bertanggungjawab.

"Dewan Pemuda PAS Malaysia percaya ianya merupakan satu usaha daripada pihak-pihak tertentu yang cuba menangguk di air yang keruh untuk menyerang YB Nurul Izzah bahkan cuba mengeruhkan hubungan parti komponen dalam Pakatan Rakyat," katanya.

Dalam kenyataannya, Nasrudin menyifatkan pihak membuat kenyataan dengan menggunakan nama orang lain itu adalah satu penipuan dan menyebarkan kenyataan tanpa bertanya kepada sumber itu pula adalah kesalahan.

"Kedua-duanya termasuk di dalam perkara mungkar yang dimurkai Allah," katanya sambil meminta agar individu yang terlibat dengan "kegiatan yang tidak bermoral itu supaya menginsafi dan memuhasabahkan diri.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS