Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Rayuan kes bunuh Altantuya ditangguh atas permohonan
Diterbitkan:  Nov 3, 2012 4:34 PM
Dikemaskini: 8:41 AM

Penangguhan pendengaran rayuan oleh duoa orang anggota Unit Tindakan Khas kerana membunuh Altantuya Shaariibuu, yang dijadualkan pada Rabu dan Khamis lalu, dibuat atas permohonan pendakwaan dan peguam pembelaan.

altantuya razak baginda murder 110707 sirul escorted Satu kenyataan ringkas yang dikeluarkan oleh unit komunikasi korporat bahagian pentadbiran kehakiman di Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan menyebut, pendakwaan dan

peguambela perayu memohon demikian melalui satu surat bertarikh 19 Oktober.

"Pihak tersebut telah memberikan alasan bahawa mereka memerlukan masa lebih panjang untuk meneliti dan mengkaji beberapa isu rumit di dalam rayuan ini.

altantuya trial 160707 azilah "Kedua-dua rayuan ini telah  ditetapkan untuk pengurusan kes di Mahkamah Rayuan pada 14  Disember dan tarikh perbicaraan baru akan ditetapkan pada tarikh pengurusan kes tersebut," kenyataan itu dipetik.

Cif inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 9 April 2009 atas kesalaha membunuh wanita Mongolia itu pada malam 19 Oktober 2006 di satu kawasan hutan di Shah Alam.

Khamis lalu Ketua Hakim Negara Tan Sri Arifin Zakaria dan presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif ditanya mengenai perkara itu namun enggan memberi ulasan.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS