Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
BNBBC: Negeri Pakatan manipulasi perakaunan kreatif

Majlis Ahli Parlimen BN (BNBBC) hari ini mendakwa, Pakatan terlibat dengan perakaunan kreatif untuk menjadikan negeri pimpinan mereka nampak elok dalam Laporan Ketua Audit Negara.

Timbalan Ketua BNBBC Abdul Rahman Dahlan mendakwa, perkara itu dilakukan dengan memindahkan dana daripada akaun amanah negeri kepada akaun yang disatukan dan menjadikannya sebagai hasil.

NONE "Setiap kerajaan negeri mempunyai akaun amanah di mana wang yang diperuntukkan sejak awal untuk tujuan tertentu. Wang itu boleh datang daripada kerajaan negeri atau persekutuan.

Sebagai contoh, katanya, jika sesebuah projek memerlukan RM100 juta, wang dimasukkan ke dalam akaun amanah dan sebelum diaudit, bakinya - sebagai contoh RM60 juta - dipindahkan kepada akaun yang disatukan.

"Ini satu bentuk perakaunan kreatif," katanya dalam sidang media di lobi parlimen hari ini.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS