Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Akta Perlindungan Pemberi Maklumat untuk melindungi pembocor maklumat dalam isu rasuah tidak terpakai dalam kes berkaitan National Feedlot Corporation (NFC), kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz.

Beliau mempersoalkan perlindungan terhadap pihak terbabit kerana dalam kes NFC, perkara itu dihebohkan kepada semua orang sehingga seluruh dunia tahu mengenainya.

Bercakap dalam Dewan Rakyat semasa sesi soal jawab, menteri undang-undang itu berkata, akta itu hanya melindungi pembocor maklumat dan bukannya pihak yang melanggar undang-undang, seperti Akta Perbankan dan NONE Institusi Kewangan (Bafia).

"Dalam kes NFC, dia bukan whistle-blower (pembocor maklumat), dia trumpet blower (peniup trompet). Kita tak lindungi trumpet blower ," katanya separuh berseloroh.

"Asalnya ialah (isu) kerahsian, iaitu elemen yang penting. Kalau dia tiup terompet seluruh dunia, orang dah kenal, orang dah tahu dia, nak lindungi apa lagi?

"Yang kedua, kita mesti faham, Akta Perlindungan Pemberi Maklumat tak boleh lindungi orang yang buat kesalahan. Ia untuk lindungi whistle-blower (pemberi maklumat). Kalau dia langgar Bafia, kita tak boleh lindungi dia kerana dia adalah pesalah."

Beliau mengulas perkara itu ketika menjawab soalan tambahan daripada Tan Sri Khalid Ibrahim (PKR-Bandar Tun Razak) yang mahu tahu kenapa pihak yang mendedahkan salah laku dalam projek lembu itu tidak diberi perlindungan undang-undang.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS