Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Datuk Abdul Rahman Dahlan (BN-Kota Belud) hari ini menjelaskan bahawa badan penyiasat rasuah Hong Kong, Independent Commission Against Corruption (ICAC) menyiasat Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman serta beberapa orang pemimpin Umno.

Badan itu kemudiannya mengisytiharkan bahawa tiada rasuah terlibat dalam sumbangan RM40 juta kepada Umno negeri, katanya.

Tambahnya, dalam siasatan selama dua tahun itu, penyiasat ICAC pergi ke Sabah untuk bertemu pemimpin politik Sabah termasuk ketua menteri.

Tiada sesiapa menghalang mahupun memberitahu ICAC supaya tidak menjalankan siasatan tersebut, katanya lagi dalam satu persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Katanya, siasatan ICAC memberi perakuan setelah membuat siasatan menyeluruh dan apabila bukti menunjukkan ia hanya sumbangan politik.

Beliau menjawab soalan yang dikemukakan Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timor) yang mempersoalkan sama ada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia telah memastikan sekiranya wang RM40 juta itu merupakan wang sogokan daripada hasil balak.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS