Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
DAP Kedah bantah panduan papan iklan sopan
Diterbitkan:  Oct 15, 2012 1:21 PM
Dikemaskini: 11:20 AM

Pengerusi DAP Kedah Lee Guan Aik berkata parti itu tidak akan menyokong pelaksanaan garis panduan papan iklan yang menetapkan model berpakaian sopan atau bertudung, seperti yang dilaksanakan di Kelantan.

Laporan Utusan Malaysia hari ini menyebut, Lee berkata DAP Kedah akan menentang undang-undang berunsur Islam itu sekiranya dilaksanakan PAS di negeri tersebut.

kedah defection ceramah 220510 dap adun lee guan aik "DAP negeri sekali lagi ingin menegaskan dan menjelaskan bahawa kami tidak akan memberi sokongan terhadap undang-undang hudud atau apa sahaja berkaitan isu negara Islam," katanya seperti dipetik akhbar itu.

Kenyatannya itu bagi mengulas garis panduan pemasangan papan iklan seperti yang dinyatakan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Alor Setar Datuk Mat Noh – berhubung penggunaan bahasa, lanskap dan pakaian model iklan.

Menurut laporan akhbar milik Umno itu lagi, garis panduan tersebut antara lainnya menekankan bahawa model tersebut tidak boleh berpakaian mencolok mata dan perlu menutup aurat bagi model beragama Islam.

Lee juga berkata, kenyataan Mat Noh itu hanya pendirian peribadi kerana garis panduan tersebut didakwa bercanggah dengan Undang-undang Kecil Majlis Perbandaran Kota Setar (MPKS) 1992.

Malah, DAP Kedah juga akan mengambil tindakan ke atas ahli majlisnya dalam MPKS yang mengenepikan kepentingan parti tersebut dalam pelaksanaan garis panduan itu, katanya.

"(Ahli majlis DAP) perlu tahu apa yang patut atau tidak patut disokong," katanya yang menambah MPKS tidak akan daapat menggubal atau mewartakan apa-apa peraturan tanpa persetujuan ahli majlis tersebut.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS