Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kit Siang gesa RCI untuk dana asing Umno
Diterbitkan:  Oct 13, 2012 7:43 PM
Dikemaskini: 11:47 AM

DAP menuntut sebuah suruhanjaya diraja (RCI) ditubuhkan untuk menyiasat dakwaan penyeludupan dana asing oleh Umno, terutamanya berhubung "sumbangan politik" RM40 juta untuk Umno Sabah.

Pemimpin popularnya Lim Kit Siang berkata, sebagai pihak berkepentingan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga presiden Umno patut menubuhkan RCI menyiasat kemasukan wang dari Hong Kong itu, sekali gus membersihkan nama Malaysia dan BN sendiri.

NONE "Apa yang diabaikan sepenuhnya, RM40 juta itu bukan bersih tetapi wang kotor," dakwa Lim.

Dakwa Lim lagi, wang itu dibawa masuk secara tunai oleh ahli perniagaan Michael Chia sebelum beliau ditahan atas dakwaan penyeludupan dan pengubahan wang.

Najib dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi BN di Kuala Lumpur malam tadi semalam enggan mendedahkan penyumbangnya atas alasan pembangkang juga tidak mendedahkannya.

Beliau juga mengaku sumbangan itu dibuat dengan cara yang betul.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz sebelum ini dilaporkan berkata, kertas siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menunjukkan wang yang diseludup itu sumbangan kepada Umno Sabah dan bukannya kepada Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.

Dalam jawapan bertulisnya di Parlimen, Nazri berkata elemen rasuah tidak dibuktikan dalam kes tersebut.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS