Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Rogol Penan: Bekas wartawan berang dengan 'rundingan'
Diterbitkan:  Oct 13, 2012 1:16 PM
Dikemaskini: 5:19 AM

Bekas wartawan yang menulis tentang insiden rogol wanita Penan di Sarawak menyuarakan perasaan tidak puas hati terhadap The Star yang memohon maaf kepada gergasi pembalakan Samling tanpa berunding dengannya.

Hilary Chiew menulis laporan berjudul " Against their will " (bukan kehendak mereka) pada 6 Oktober 2008.

NONE Beliau menyifatkan penyelesaian luar mahkamah antara The Star dan Samling itu sebagai kurang menyenangkan untuk bidang kewartawanan.

"Walaupun hakikatnya saya telah meninggalkan The Star pada awal 2010, amat dikesali apabila The Star tidak merasakan saya patut dimaklumkan tentang keputusan itu.

"Saya tidak pernah, pada bila-bila masa, dimaklumkan atau dirujuk tentang rundingan penyelesaian luar mahkamah," kata Chew.

The Star pada 2 Oktober menyiarkan permohonan maaf berhubung artikel itu.

Difahamkan Samling pada Isnin secara rasmi menarik balik saman fitnah terhadap harian itu di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Lau Bee Lan.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS