Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
NGO: Sekatan projek hidro Murum dihentikan 'tak benar'
Diterbitkan:  Oct 10, 2012 11:28 AM
Dikemaskini: 3:57 AM

Satu kenyataan NGO Jaringan Selamatkan Sungai-sungai Sarawak menyebut, sekatan yang dijalankan kumpulan masyarakat Penan ke atas projek empangan hidroelektrik Murum, Sarawak masih berjalan dan tidak dihentikan.

Kenyataan itu menyebut, perkara itu disahkan oleh Koordinator untuk Gabungan Pemuliharaan Persekitaran Semulajadi Sarawak (SCANE) Raymond Abin.

NONE Abin dalam kenyataan itu berkata, laporan  pada Isnin lalu yang menyebut bahawa sekatan 10 hari itu ditamatkan dengan campur tangan ADUN Belaga Liwan Lagang adalah tidak benar.

Katanya, kumpulan Penan itu hanya bersetuju untuk tidak membawa anak-anak mereka ke kawasan sekatan dan seterusnya membawa kanak-kanak tersebut pulang ke kawasan kampung.

"Liwan Lagang sememangnya cuba berunding dengan masyarakat Penan untuk meruntuhkan sekatan, namun golongan Penan itu tidak bersetuju dengannya kerana (Liwan) tidak dapat memberi jaminan bertulis bahawa kerajaan akan memenuhi tuntutan mereka.

NONE "Saya bertemu dengan orang tua dan ketua (masyarakat Penan) di Murum semalam dan mereka berkata sekatan itu masih diteruskan," katanya.

Tambahnya, pemimpin berkenaan juga memberitahunya bahawa hanya seorang ketua kampung serta beberapa orang wakil komuniti mereka akan memenuhi jemputan Liwan untuk pergi ke Kuching bagi bertemu ADUN berkenaan dan berunding dengan pegawai kerajaan di sana.

Bagaimanapun, wakil berkenaan akan menuntut supaya tuntutan mereka dipenuhi kerajaan dan tidak akan membuat keputusan mewakili seluruh masyarakat Penan, katanya.

NONE Kumpulan masyarakat itu antara lainnya menuntut gantirugi dalam bentuk tanah seluas 25 hektar untuk setiap 300 keluarga yang terjejas dengan pembinaan empangan tersebut.

Selain itu, mereka juga mahu kerajaan membayar wang tunai RM500,000 kepada setiap keluarga, dan diberikan tanah seluas 30,000 hektar untuk setiap sembilan kampung terlibat.

Golongan itu juga mahu diberikan dana pendidikan, dana pembangunan dan hak ke atas tanah yang tidak ditenggelami oleh air empangan.

Bagi tujuan itu, kumpulan masyarakat berhimpun dan menghalang jalan masuk ke tapak pembinaan empangan Murum, sekali gus memutuskan perhubungan keluar masuk kenderaan pengangkut bahan binaan bernilai ribuan ringgit.

Halangan baru dibuat pada Khamis lalu di jalan balak lama melalui ladang kelapa sawit, yang hanya boleh dilalui oleh kenderaan pacuan empat roda. 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS