Bekas timbalan presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa berkata, menjadi hak Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam untuk mengadakan kenduri perkahwinan secara besar-besaran.
"Kalau rezeki banyak, buat kenduri yang besar, itu hak dialah. Mungkin dia penjawat awam dan yang hadir dalam 130,000 orang. Itu yang jadi isu," katanya pada sidang media selepas pembentangan kertas kerja di seminar dakwah nasional hari ini.
Sebelum ini, perkahwinan anak lelaki Mohd Ali menjadi kontroversi apabila dihadiri seramai 130,000 dan dimasukkan di dalam Malaysia Book of Record.
Majlis perkahwinan itu juga menurut Ali menelan belanja sehingga RM600,000.
Bagaimanapun, Nasharuddin berkata, beliau menyerahkan isu tersebut kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
"Saya difahamkan SPRM mula nak masuk. Kalau SPRM nak buat kerja dia, biar SPRM buat kerjalah," katanya.
1. PM hadiri kenduri kahwin kedua anak KM Melaka | Remove | |
2. 'Kahwin, bersalin, sakit, mati darah daging Ali Rustam' | Remove | |
3. Rekod kenduri kahwin terbesar kekal | Remove | |
4. Hisham: Jangan kecewa, Mohd Ali... | Remove | |
5. SPRM siasat kenduri mega anak Ali Rustam | Remove | |
6. Isu kenduri mega KM Melaka dilapor pada SPRM | Remove | |
7. Ali Rustam: Pakatan dengki dengan kenduri anak saya | Remove | |
8. Mahfuz dakwa kenduri mega 'ditaja' agensi k'jaan Melaka | Remove | |
9. KM Melaka: Majlis kahwin anak saya tak mewah | Remove | |
10. Tinjauan: 100,000 di majlis kahwin tanda sokongan | Remove | |
11. KM Melaka diminta perjelas belanja majlis kahwin 'mega' | Remove | |