Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Paderi kata Utusan 'menipu' dalam laporan kritik Guan Eng

Dua pemimpin Kristian hari berkata laporan memetik kenyataan mereka dalam Mingguan Malaysia semalam, yang didakwa mengkritik ketua menteri Pulau Pinang, adalah "penipuan semata-mata".

Biskop Gereja Lutheran Evangelical, Solomon Rajah dan bekas presiden Majlis Gereja Malaysia Thomas Philips hari ini berkata, kenyataan mereka dilaporkan di luar konteks dalam berita bertajuk 'Gereja bukan tempat politik'.

Mereka menuntut supaya akbar edisi Ahad Utusan Malaysia itu menarik balik laporan berkenaan dan mengeluarkan permohonan maaf dalam edisi mereka selepas ini.

Dalam satu sidang media hari ini, kedua-dua paderi itu menjelaskan bahawa pemberita berkenaan hanya menghubungi mereka untuk mendapatkan pandangan umum mengenai "gereja dan politik".

Rajah berkata, kenyataannya itu bukan reaksi atau ulasan kepada dialog antara ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dengan pemimpin gereja di negeri tersebut.

"Saya tidak pernah sedar bahawa saya akan dipetik secara salah (atau apa yang saya katakan) disalah anggap.

"Saya tidak pernah mengetahui bahawa pandangan saya akan digunakan untuk memenuhi tujuan dan agenda Utusan. Ini sangat menyedihkan," katanya.

Rajah yang menganggap dirinya sebagai penyokong kuat Lim menekankan bahaw beliau tidak akan memberi kebenaran untuk ditemubual sekiranya tahu bahawa Utusan akan memetiknya dengan salah.

Antara lainnya, akhbar berkenaan memetik Rajah sebagai berkata, "tapi saya mahu beliau tahu, pihak gereja tidak perlu diseru untuk menegakkan keadilan kepentingan politik".

Sementara itu, Philips pula berkata laporan itu turut menjejaskan reputasinya, dan menegaskan bahawa pandangannya yang sebenar tidak dilaporkan.

"Ini adalah satu perbuatan fitnah. Saya terkejut dan marah dengan ketidakcekapan wartawan itu," katanya.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS