Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Hisham tak dapat sah atau nafi dakwaan jual maklumat k'jaan

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata beliau tidak dapat mengesah atau menafikan laporan yang mendakwa lebih 10 pegawai kerajaan menjadi tali barut sebuah NGO untuk mendedahkan maklumat kerajaan.

hishammuddin hussein dang wangi police station pc 2 "(Perkara) itu, saya tidak boleh mengesahkannya atau menafikannya," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Kecil Kempen Keselamatan Wanita di Subang Jaya petang ini.

Bagaimanapun, tegasnya, siasatan berterusan sentiasa dibuat oleh pihaknya dalam konteks "perkara-perkara yang sensitif kepada kepentingan negara".

"Dalam konteks keselamatan negara, kita buat siasatan 24 jam (atau) 7 hari seminggu, (atau) 366 hari setahun.

 

"Sama ada maklumat wang ringgit, manusia, itu semua dalam dunia tanpa sempadan, tak mustahil berlaku di mana-mana negara," katanya.

Hishammuddin mengulas dakwaan Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) yang dilaporkan berkata lebih 10 pegawai kerajaan terlibat dalam komplot menjadi tali barut NGO Suara Rakyat Malaysia (Suaram) untuk mendedahkan maklumat melibatkan keselamatan negara.

 

NONE Presiden JMM, Azwanddin Hamzah dilapor mendakwa pegawai kerajaan itu juga terlibat menutup maklumat Suaram menerima dana asing yang dikatakan bernilai kira-kira RM100 juta sejak 1998.

Bagaimanapun Suaram menafikan dakwaan itu dan mendesak Azwanddin membuktikannya atau memohon maaf serta menarik balik dakwaan itu.

Sementara itu, mengulas mengenai permit berhubung himpunan besar-besaran anjuran Pakatan Rakyat yang dijadual berlangsung di Stadium Bukit Jalil pada 3 November depan, Hishammuddin berkata, pihaknya belum terima apa-apa permohonan.

"Kalau ia melibatkan lokasi dan tempat yang tuan punya padang tadi terpaksa memberi kelulusan, mereka perlu memohon kepada pihak berkenaan, sama dengan apa yang berlaku sebelum ini," katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS