Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
NGO anti-Pakatan kata Azmin 'layak' jadi MB
Diterbitkan:  Oct 3, 2012 4:39 PM
Dikemaskini: 9:02 AM

Satu NGO anti-Pakatan Rakyat hari ini muncul di tengah kontroversi mengenai kemungkinan menteri besar Selangor akan ditukar – dengan sokongan luar biasa kepada timbalan presiden PKR Azmin Ali yang menimbulkan perkara itu.

Pemimpin Gagasan Anti Penyelewengan Selangor Hamidzun Khairuddin berkata, Azmin "layak dan wajar" dilantik ke jawatan tersebut, bagi menjadi menteri besar sedia ada Tan Sri Khalid Ibrahim.

NONE Hamidzun turut memuji Azmin yang menurutnya berkelulusan tinggi dari universiti luar negara dan berpengalaman sebagai ADUN selama 10 tahun, sedangkan Khalid "dilihat cenderung menjadi boneka DAP di Selangor", katanya.

"Gaps percaya rakyat Selangor memerlukan seorang MB yang boleh membuat keputusan berdasarkan kejituan, pengalaman politik dan visi masa depan negeri seta kepentingan rakyat berbanding MB sekarang...," katanya.

Selain itu, beliau menimbulkan isu yang sering digunakan BN untuk menyerang kerajaan Pakatan Selangor – termasuk isu tanah melibatkan Yayasan Basmi Kemiskinan dan pungutan hutang daripada Talam Corporation.

Dalam kenyataannya itu, Hamidzun juga meramalkan bahawa Pakatan akan tewas dalam pilihan raya akan datang sekiranya tidak menggantikan Khalid.

NONE Isu berkenaan timbul ekoran kenyataan Azmin yang dilaporkan akhbar Sinar Harian hari ini bahawa Khalid mungkin dipindahkan ke Pusat sekiranya Pakatan berjaya menawan Putrajaya dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

Keputusan itu, kemungkinan besar dibuat oleh gabungan DAP, PAS dan PKR atas kewibawaan dan kepakaran tokoh korporat itu menjadi ketua pentadbir negeri selama sepenggal ini, lapor harian itu.

Azmin berkata, perbincangan peringkat Pakatan ada ke arah itu, bagaimanapun masih belum diputuskan kerana "tidak sesiapa pun boleh menentukan kedudukannya hari ini sehingga keputusan PRU13 diumumkan".

Kenyataannya itu meraih teguran daripada PAS yang berpandangan bahawa perkara itu boleh mengelirukan orang ramai.

Setiausaha agungnya Datuk Mustafa Ali berkata, kenyataan bersifat peribadi yang tidak pernah dibincangkan itu perlu dielak kerana ia boleh dianggap sebagai pendirian bersama Pakatan Rakyat.

Mustafa (kiri) turut dilaporkan kesal dengan kenyataan Ketua Penerangan PKR Selangor Shuhaimi Shafiei sebelum ini yang berkata, 20 pemimpin PKR akan menyertai kabinet.

"Ini juga tidak pernah kita bincangkan dan bakal memberikan implikasi negatif," kata Mustafa seperti dipetik Harakahdaily .


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS