Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Mahathir memberi jaminan bahawa loji pemprosesan nadir bumi Lynas dan projek penapisan minyak Rapid di Pengerang tidak akan menyebabkan malapetaka seperti yang berlaku sebelum ini.

Katanya, insiden yang berlaku melibatkan Union Carbide di India dan Asian Rare Earth di Perak berlaku berdekad lamanya sebelum ini.

Teknologi pada masa itu tidak canggih seperti pada masa ini dan peraturan alam sekitar kini juga lebih ketat, katanya.

"Jangan bimbang... Tiada masalah yang akan berlaku," katanya ketika menjawab satu soalan di Dewan Rakyat hari ini.

Katanya, Malaysia mempunyai peraturan alam sekitar ketat yang perlu dipatuhi oleh semua, termasuk pelombong nadir bumi Lynas Corporation dan pengendali projek Rapid di Pengerang.

Tambahnya, kerajaan tidak akan membenarkan syarikat berkenaan beroperasi sekiranya terus menjalankan projek yang bercanggah dengan garis pandduan dan menjejaskan alam sekitar.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS