Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Guan Eng: Belanjawan Najib tak tangani kos sara hidup
Diterbitkan:  Oct 1, 2012 11:57 AM
Dikemaskini: 4:02 AM

Setiausaha agung DAP Lim Guan Eng berkata belanjawan yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak menangani aspek kelestarian ekonomi, fiskal berhemat dan peningkatan kos sara hidup.

MP Bagan itu berkata, walaupun belanjawan Najib memberikan banyak buah tangan, ia gagal menangani tiga faktor tersebut untuk menambahbaik negara dan meningkatkan keadaan kualiti hidup rakyat.

Beliau mempersoalkan dakwaan kerajaan  bahawa kadar defisit belanjawan akan berkurangan dari kadar 4.5 peratus pada 2012 kepada 4 peratus tahun depan.

Katanya belanjawan 2012 tahun lalu melibatkan jumlah perbelanjaan RM232.8 bilion dan laporan ekonomi 2012/2013 pula jumlah perbelanjaan yang diumumkan ialah sebanyak RM252.4 bilion – hampir RM20 lebih banyak.

Tambahnya, Malaysia bertuah kerana jumlah hasil yang disasarkan pada tahun ini ialah RM207 bilion, lebih tinggi daripada jumlah RM186.9 yang diunjurkan terdahulu.

Jika tidak, defisit akan meningkat kepada 6.7 peratus dariapda KDNK, berbanding 4.5 peratus yang diunjurkan.

Bagaimanapun, Lim memberi amaran bahawa ekonomi global menunjukkan tanda-tanda kemelesetan, manakala hasil berkaitan minyak dijangka akan menurun.

Maka, hasil sebenar mungkin tidak seperti yang diunjurkan, kata Lim lagi.

Ketua menteri Pulau Pinang itu berkata, Pakatan Rakyat tidak membantah langkah kerajaan memberi bantuan kewangan kepada rakyat.

Namun, Pakatan mempersoalkan usaha untuk menangani ketirisan dalam program BR1M, apabila timbul dakwaan bahawa seorang pemimpin MCA bergelar Datuk di Pahang didakwa menerima bantuan yang disasarkan untuk rakyat miskin.

Pada awalnya, sejumlah RM1.8 bilion diperuntukkan bagi BR1M untuk seramai 3.4 juta isi rumah, dan kemudiannya meningkat kepada lebih RM2 bilion untuk 4 juta isi rumah.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS