Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
MCA Kapar cadang Nazri dilantik menteri pelajaran
Diterbitkan:  Sep 30, 2012 3:56 PM
Dikemaskini: 7:59 AM

MCA bahagian Kapar menyatakan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz lebih sesuai menjadi menteri pelajaran berbanding Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ketua bahagian MCA itu Song Kee Chai berkata persetujuan Nazri ke atas tuntutan Dong Zong berhubung pendidikan Cina menunjukkan beliau berfikiran terbuka dan sanggup menyelesaikan masalah yang dihadapi masyarakat itu.

Akhbar Sin Chew Daily melaporkan, bahagian MCA itu turut memasang kain rentang menggesa Nazri dilantik menteri pelajaran.

Song dilaporkan berkata, masyarakat China menyokong Nazri dalam soal ini.

Katanya, Nazri memahami masalah pendidikan Cina dan masyarakat itu dengan lebih baik. Berbanding Muhyiddin yang disifatkannnya sebagai seorang yang sibuk.

Maka Nazri patut menggantikan Muhyiddin untuk jawatan itu, katanya lagi dalam laporan tersebut.

Nazri dalam reaksinya kepada Sin Chew Daily berterima kasih atas sokongan bahagian MCA itu.

Bagaimanapun, MCA Kapar perlu menyatakan sendiri perkara itu kepada perdana menteri, katanya.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS