Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Serangan ke atas Malaysiakini, cerita lama diungkit lagi

KOMEN serangan terhadap Malaysiakini menampakkan bahawa kerajaan semakin terdesak.

Sepanjang minggu lalu lalu, media arus perdana - TV3, Utusan Malaysia, New Straits Times dan The Star - melancarkan serangan ke atas Malaysiakini dan organisasi masyarakat sivil kerana menerima geran dari yayasan antarabangsa yang mereka dakwa sebagai satu plot untuk menggugat kestabilan kerajaan.

NONE Malaysiakini telah diserang kerana mempunyai pelabur asing yang

didakwa dikaitkan dengan jutawan George Soros. Malaysiakini diburukkan lagi bahawa beberapa pemegang saham kami mempunyai kaitan politik.

Saya faham sebab serangan itu. Lagipun, pilihan raya semakin dekat, dan berdasarkan perkembangan semasa, keputusannya boleh memihak kepada mana-mana parti.

Oleh itu, media arus perdana telah diarah oleh pemilik politik mereka - Umno dan MCA - untuk menyerang dan menjatuhkan suara-suara yang mahukan pilihan raya bebas dan adil, menggesa siasatan dibuat terhadap pelbagai skandal rasuah dan agar prinsip-prinsip demokrasi dipatuhi dan ditegakkan.

Jadi, tidak mengejutkan apabila mereka berulangkali melaporkan tuduhan, sindiran dan perkara separuh benar, bersama-sama dengan dos hodoh perkauman - satu strategi yang disempurnakan oleh yang tidak lain dan tidak bukan - ketua propaganda Nazi Joseph Goebbels.

Mari kita lihat tuduhan ini satu persatu dan mematahkannya:

1. Tuduhan yang sama 11 tahun yang lalu

Tuduhan berulangkali oleh bekas pengarang berita Malaysiakini , YL Chong bahawa pada tahun 2001 kami merahsiakan geran RM188,000 dari Tabung Pinjaman Pembangunan Media (MDLF) dan dia meletak jawatan selepas mengambil satu pendirian mengenai perkara itu.

Tuduhan ini bukanlah sesuatu yang baru. Ia telah dicanangkan dalam media arus perdana 11 tahun yang lalu - diungkit semula pada tahun 2001 - sebagai "bukti" kaitan kami dengan Soros. Kami telah menerbitkan jawapan kami untuk mematahkannya, sejurus selepas tuduhan tersebut dibuat.

azlan Pendek kata, Malaysiakini bersikap terbuka dengan kakitangan tentang

kontrak untuk membangunkan satu aplikasi perisian untuk Centre for Advanced Media Prague (Camp), yang merupakan cabang bahagian teknologi MDLF.

Chong berjumpa media dengan membuat tuduhan bahawa perjanjian itu adalah satu geran dan kami telah merahsiakan perjanjian itu. Hakikatnya, Malaysiakini sudah pun membuat pengumuman mengenai perjanjian perisian itu di lamanwebnya.

2. 'Orang Soros dalam lembaga pengarah Malaysiakini'

Ekoran kejayaan membangunkan teknologi tersebut serta kejayaan melancarkan model langganan pada bulan Januari 2002, MDLF memutuskan untuk melabur dalam Malaysiakini - yang pertama bagi mereka dalam medium online - menyimpang daripada pelaburan tradisional mereka dalam akhbar, televisyen dan stesen radio.

Malaysiakini menerima RM1.3 juta untuk 29 peratus ekuiti dan MDLF bersetuju untuk menandatangani perjanjian tidak campurtangan dalam urusan editorialnya. Berikutan itu, Malaysiakini mengadakan sidang akhbar dan membuat pengumuman mengenai perkara itu.

Pada masa pelaburan itu dibuat, MDLF diterajui oleh pengasas bersamanya, Sasa Vucinic seorang wartawan yang stesen radionya B92 di Belgrade terbabit dalam satu perjuangan yang panjang dan amat sukar untuk membantu menjatuhkan Presiden Serbia, Slobodan Milosevic.

Milosevic kemudiannya didakwa dengan jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan yang berkaitan dengan peperangan di Bosnia, Croatia dan Kosovo.

Sasa telah menubuhkan MDLF dengan strategi untuk membantu media bebas di Eropah Timur berkembang berikutan kejatuhan komunisme. Soros, seorang rakyat Hungary yang mempunyai rekod yang menyokong kebebasan akhbar, adalah antara penderma utama MDLF.

 

Tontonilah TED talk Sasa untuk mengetahui lebih lanjut tentang falsafah MDLF.

Sehingga ini, MDLF terlibat dalam 269 projek untuk 85 syarikat media bebas di 27 negara.

[Baca berita penuh]


PREMESH CHANDRAN adalah ketua pegawai eksekutif Malaysiakini


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS