Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Tinjauan: Populariti Najib merosot
Diterbitkan:  Sep 25, 2012 4:55 PM
Dikemaskini: 12:42 PM

Populariti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak merosot tiga peratus daripada 61 kepada 58 peratus pada bulan ini berbanding beberapa bulan sebelum ini.

Tinjauan Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaysia (UMCEDEL) itu membandingkan populariti Najib antara 31 Mac hingga 15 April dengan tempoh terkini antara 1 hingga 16 September lalu.

NONE Perkara yang dinilai UMCEDEL antaranya, sifat mesra rakyat, kewibawaan pentadbiran, kecekapan pengurusan ekonomi, keperibadian terhormat dan imej di peringkat antarabangsa.

Secara perbandingan, terdapat penurunan sambutan terhadap transformasi yang dilakukan Najib, menurut tinjauan itu lagi.

Walaupun BN semakin berpengaruh di Kelantan, secara keseluruhannya berlaku penurunan keyakinan bahawa parti itu akan terus menguasai Putrajaya selepas pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

"Isu berkaitan dengan NFC, Lynas dan integriti pemimpin Umno/BN masih merupakan faktor yang boleh menggugat sokongan pengundi kepada BN dalam PRU Ke-13," ringkasan eksekutifnya dipetik

Terdapat sokongan yang tinggi supaya Najib berdebat dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS