Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Enam NGO memberikan tempoh 48 jam kepada New Straits Times untuk memohon maaf berhubung laporan berhubung dakwaan penglibatan mereka dalam plot untuk menjejaskan kestabilan kerajaan.

Kata mereka, laporan pada 21 September lalu itu tidak berasas dan berniat jahat.

Selain mahu ia ditarik balik, mereka berkata, permohonan maaf itu patut disiarkan di tempat yang sama dengan dakwaan yang disiarkan sebelum ini.

NONE "Kami ambil berat perkara ini. Perkara ini sekarang sedang diteliti peguam-peguam kami," kata Pengerusi Bersama BERSIH Datuk S Ambiga dalam sidang media di ibu negara hari ini.

"Jadi kami jangkakan respons New Straits Times dalam tempoh 48 jam (bermula jam 11 pagi ini), kegagalan berbuat demikian menyebabkan kami mengambil tindakan sepatutnya dan menurut undang-undang ia terpulang kepada kami."

Tuntutan itu dibuat oleh kumpulan hak asasi manusia Suara Rakyat Malaysia (Suaram), pemantau media Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ, kumpulan peguam Lawyers for Liberty, badan kajian Merdeka Centre dan NGO pembangunan organisasi Pusat Asia Tenggara bagi E-Media (Seacem).

VIDEO l 5.42 min

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS