Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pengusaha jet kata 'pesawat diurus untuk seseorang'
Diterbitkan:  Sep 25, 2012 12:02 PM
Dikemaskini: 4:25 AM

Akhbar Utusan Malaysia hari ini melaporkan, seorang pengusaha jet  mengakui bahawa pesawat milik syarikatnya disewakan untuk kegunaan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi lawatan ke Sabah dan Sarawak minggu lalu.

Laporan itu menyatakan bahawa pengerusi TJets Sdn Bhd Datuk Mohd Taufik berkata syarikat tersebut "menguruskan jet itu untuk seseorang".

"Kami hanya menguruskan jet ini untuk seseorang. Ia adalah sebuah jet peribadi, maka, saya rasa perkara berkaitan jet ini juga peribadi.

"Adakah saya begitu kaya? Saya hanya seorang Melayu yang cuba cari makan dalam bidang penerbangan," katanya dalam laporan yang memetik berita disiarkan akhbar The Star .

Anwar dalam sidang media di bangunan Parlimen semalam berkata, pemilik jet peribadi yang membenarkan pesawat itu digunakan oleh pemimpin Pakatan Rakyat berbuat demikian tanpa mengharapkan balasan.

Anwar berkata, "rakannya" itu membenarkan beliau menggunakan pesawat berkenaan disebabkan "masalah logistik" untuk perjalanan ke Sabah dan Sarawak.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS