Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PM: Permohonan maaf Ngeh benar-benar ikhlas atau tidak?

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mempersoalkan keikhlasan pemohonan maaf Ahli Parlimen DAP Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham selepas kenyataannya melalui Twitter mengenai sebuah filem anti-Islam, telah menimbulkan  kemarahan.

NONE Bercakap kepada pemberita hari ini, perdana menteri berkata seseorang itu tidak boleh mengatakan sesuatu yang menyakitkan dan apabila menimbulkan kemarahan, lepas itu memohon maaf.

"Kalau macam tu senang. Kita boleh lempar kata-kata menghina,  memburukkan agama lain, lepas tu minta maaf.

"Kalau macam ni, soalnya benar-benar ikhlas atas tidak," katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusinya mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di ibunegara hari ini.

Katanya, kenyataan Ngeh itu menunjukkan bahawa DAP memperlekehkan umat Islam dan tidak peka dengan isu-isu berkaitan umat Islam

"Kita mengutuk kenyataan pemimpin DAP itu yang mempertikaikan reaksi umat Islam terhadap filem tersebut," tegasnya.

Mengenai perkara yang berasingan, perdana menteri berkata sebarang percubaan untuk "menukar" bendera negara memang satu perbuatan terkutuk.

NONE "Kita serah pada pihak berkuasa untuk siasat dan ambil

tindakan. Pentingnya rakyat mesti kutuk perbuatan ini yg menghina negara kita," katanya.

Menurutnya, ia satu perbuatan yang tidak diterima oleh rakyat Malaysia yang cintakan negara dan sanggup mempertahankan maruahnya.

Menurut perdana menteri, bendera tersebut tidak boleh dipermain atau diperlekehkan kerana "ia melambang kesucian dan kedaulatan negara dan maruah kita". 

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS