PKR mempersoalkan tindakan kerajaan mendapatkan pegangan dalam stesen janakuasa bebas (IPP) melalui pembelian saham Tanjung Energy Holdings Sdn Bhd dan Mastika Lagenda Sdn Bhd melalui 1MDB.
Tanjung Energy dan Mastika Lagenda dimiliki oleh hartawan Ananda Krishnan dan Genting Bhd.
Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad mendakwa, kos pembelian saham Tanjong pada Mac bernilai RM8.5 bilion sementara pembelian saham Genting pula sebanyak RM2.55 bilion (untuk pegangan 75 peratus) bulan lalu.
"Kini, dengan menjual Tanjong Energy kepada 1MDB pula, Ananda membuat keuntungan RM1.9 bilion," katanya.
Dalam kenyataannya hari ini, Nik Nazmi juga berkata, kerajaan sepatutnya membina loji janakuasa baru daripada membayar jumlah yang besar untuk mendapatkan pegangan dalam IPP kerana kosnya lebih murah.