Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Soi Lek: Politik wang bukan rasuah
Diterbitkan:  Sep 20, 2012 12:57 PM
Dikemaskini: 7:29 AM

Politik wang bukan rasuah, kata Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

Beliau memberikan reaksi itu sebagai respons terhadap cadangan PKR supaya dakwaan politik wang terhadap seorang timbalan menteri wanita daripada MCA dirujuk kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

NONE Antara contoh politik wang, kata Chua, membelikan barangan kepada orang ramai menjelang tahun baru, yang tidak boleh disamakan dengan rasuah.

Chua memberikan jawapan mengejutkan itu ketika ditanya pemberita dalam majlis makan malam di Ipoh pada Selasa, lapor Oriental Daily News hari ini.

Chua, memetik aduan yang diterima, pada mulanya mendakwa terdapat "timbalan menteri wanita" terlibat dengan politik wang, tetapi kemudian menjelaskan kenyataan dibuat secara umum dan tidak merujuk kepada individu tertentu.

Heng Seai Kie (atas) yang berkhidmat di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat satu-satunya timbalan menteri wanita daripada MCA. Beliau menafikan dakwaan itu.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS