Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menjangka BN akan memenangi pilihan raya umum akan datang, tetapi tidak pasti sama ada ia akan menang dengan majoriti yang meyakinkan.
Dalam ucapannya di Forum CEO Yayasan Kepimpinan Perdana 2012, Dr Mahathir berkata senario ini bermakna status quo
kerajaan persekutuan akan kekal - "lemah".
Beliau yang menjadi perdana menteri selama 22 tahun berkata, ini akan menjejaskan pembangunan dan tidak baik untuk perniagaan.
Menurutnya, kerajaan sekarang mempunyai kelebihan 30 kerusi yang akan dianggap lemah kerana perubahan lebih daripada 15 ahli Parlimen akan mengakibatkan perubahan kerajaan.
Itulah sebabnya, tambah beliau, kerajaan sekarang yang lemah kerana ia cuba untuk terus kekal dengan menumpukankepada pelbagai tuntutan dan tidak memberi tumpuan kepada pembangunan negara atau mendengar apa komuniti perniagaan mahu.
Bagaimanapun, beliau berpandangan bahawa BN masih boleh memenangi pilihan raya umum ke-13 tetapi dengan majoriti yang kecil.
[Baca berita penuh]