Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Pemimpin Gerakan bahagian Kuala Lumpur mengesyor pindaan dibuat terhadap Rang Undang-Undang Pergigian 2021 yang akan dibentangkan, termasuk memansuhkan hukuman penjara ke atas doktor gigi yang melaksanakan prosedur yang bukan kepakaran mereka.

NONE Mereka memberitahu satu sidang akhbar di ibupejabat bahagian

itu hari ini bahawa mereka akan menghantar syor tersebut kepada Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan semua ahli Parlimen sebelum rang undang-undang itu dibentangkan di Parlimen.

"Tidak ada seorang pun doktor gigi di kalangan ahli Parlimen. Jadi, kita akan senaraikan bahagian-bahagian (yang perlu dipinda) dan biarlah mereka membacanya secara terperinci," kata Setiausahanya, Wong Ruen Yuan yang juga seorang doktor gigi.

Rang undang-undang itu dijadual dibentangkan pada sesi parlimen akan datang yang bermula minggu depan, dan akan menggantikan Akta Pergigian 1971.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS