ADS
mk-logo
Berita
Hari Malaysia: DAP anjur konsert punk tolak rasuah
Diterbitkan:  Sep 14, 2012 11:45 AM
Dikemaskini: 7:08 AM

Sempena sambutan Hari Malaysia, Roketkini – majalah web DAP – akan menganjurkan konsert bermesejkan antirasuah dan rasisme melibatkan kumpulan punk rock terkenal Second Combat.

NONE Pengarang Roketkini Wan Hamidi Hamid berkata, persembahan percuma khas untuk generasi muda itu akan membawakan lagu bermesej positif yang mendokong idea kebebasan, demokrasi dan keadilan selain melindungi alam sekitar.

"Persembahan muzik yang julung kali diadakan ini untuk meraikan golongan anak muda yang cintakan demokrasi, kebebasan dan idealisme," kata Wan Hamidi yang pernah terlibat dalam

aktivisme muzik indie tanah air tidak lama dahulu.

Sehubungan itu, kata Wan Hamidi, persembahan itu akan memberi inspirasi kepada golongan muda untuk komited dengan perubahan sosiopolitik negara.

ADS

Second Combat ditubuhkan pada tahun 1995. Ia dianggotai oleh dua orang anak muda, Khairuddin Aziz (Ein) dan Azwari Zainal (Arwith).

Kumpulan ini bergiat aktif dalam dunia muzik indie yang turut menempa nama di Eropah.

NONE Dengan mengetengahkan lirik menolak penyalahgunaan dadah, rokok dan seks bebas, ia menjadikan Second Combat sebuah band yang politikal.

Selain itu, anggota Second Combat turut memasuki sekolah bagi memberi ceramah tentang bahaya dadah serta berkongsi pengalaman mereka sendiri.

Konsert bertemakan“Malaysia Milik Kita Bersama” pada Ahad ini turut menampilkan kumpulan hip hop 5forty2.

Persembahan muzik ini akan diadakan di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor (KLSCAH) pada jam 8 malam.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS
ADS
ADS