Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pro-M rancang Himpunan Merdeka Kampus di Dataran
Diterbitkan:  Sep 13, 2012 11:41 AM
Dikemaskini: 6:58 AM

Kumpulan pelajar pro-Mahasiswa merancang satu perhimpunan sempena Hari Malaysia pada16 September bagi menuntut universiti melaksanakan enam tuntutan bagi penambahbaikan pilihan raya kampus.

muhammad safwan anang launch police report 050112 safwan anang 02 Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia, Muhammad Safwan Anang berkata, perhimpunan di Dataran Merdeka itu bagi menyuarakan enam tuntutan mereka dalam menghadapi pilihan raya kampus yang dijangka dijalankan seawal 20 September.

"Gabungan mahasiswa kali ini menyeru untuk seluruh mahasiswa dan mana-mana badan atau pertubuhan bahkan seluruh rakyat Malaysia yang cakna dengan isu pilihan raya kampus ini turut hadir ke Himpunan Merdeka Kampus pada 16 September di Dataran Merdeka pada jam 2 petang.

"Keputusan ini dibuat setelah mempertimbang beberapa isu utama mahasiswa sebelum ini seperti yang pernah didedahkan Pro-Mahasiswa mengenai manipulasi parti pemerintah sekarang terhadap tarikh pilihan raya kampus," katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, kebanyakan kampus akan melaksanakan pilihan raya serentak pada 20 dan 25 September, sedangkan ia sepatutnya dilakukan sejak Mac lagi, selepas pembubaran majlis perwakilan mahasiswa pada Februari.

Kumpulan siswa itu percaya kerajaan mengadakan pilihan raya kampus pada September kerana "gerun" dengan pendedahan mereka berhubung dakwaan campurtangan kerajaan dalam pilihan raya universiti.

NONE Pro-Mahasiswa pada Mei lalu, melalui pendedahan satu dokumen dinamakan "Ops 2020" mendakwa, operasi khas itu didalangi pejabat perdana menteri bagi mempengaruhi sokongan pelajar dalam pilihan raya umum.

Siswa berkenaan mendakwa, operasi itu dijalankan melalui program seperti Aman Kampus – program jelajah ke seluruh universiti awam di seluruh negara anjuran satu kumpulan pelajar yang dinamakan Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa Aspirasi Malaysia.

"Pilihan raya kampus telah dianjak kepada September ini dan kebanyakan kampus melaksanakannya secara serentak pada 20 dan 25 September kerana mahasiswa yakin bahawa kerajaan gerun dengan pendedahan yang dibuat.

"Maka pilihan raya kampus terpaksa juga dibuat sebelum pilihan raya umum bagi menampakkan apa yang didedahkan oleh mahasiswa adalah tidak benar," kata Muhammad Safwan lagi.

Kenyataan berkenaan turut disokong Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia, Gerakan Demokratik Belia dan Pelajar Malaysia dan Pro-Mahasiswa Nasional.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS