Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli berkata, beliau akan membuat pendedahan baru dalam tempoh dua minggu - dakwaan skandal melibatkan Menteri Besar Datuk Seri Negeri Sembilan Mohamad Hassan ( bawah ).

Bercakap dalam majlis makan malam PKR di Seremban semalam, Rafizi menyifatkan perkara itu sebagai "berita baik" kepada pemimpin pembangkang dan penyokong Pakatan Rakyat.

NONE "Dalam tempoh dua minggu, saya akan dedahkan skandal melibatkan Mohamad Hassan," katanya disambut tepukan gemuruh kira-kira 300 peserta dalam majlis itu.

Rafizi sebelum ini menjadi perhatian apabila 'meletupkan' isu National Feedlot Corporation (NFC) milik bekas menteri Datuk Seri Shahrizat Jalil, yang kemudian mengheretnya dalam saman fitnah di mahkamah.

Malam tadi, menceritakan perkembangan kesnya, Rafizi berkata, peguam NFC telah menulis kepada pasukan pembelaannya untuk menggantung sekejap kes itu.

Beliau percaya tindakan itu ada kaitan dengan tarikh pilihan raya yang semakin hampir.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS