Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PAS perjelas layanan 'sahabat' pada Nasha
Diterbitkan:  Sep 11, 2012 11:34 AM
Dikemaskini: 6:11 AM

PAS hari ini memperjelaskan tindakan Majlis Syura tidak membincangkan kontroversi sekitar bekas timbalannya Nasharudin Mat Isa atas prinsip "sabahat" tidak harus dilayan seperti musuh.

NONE "Janganlah kemarahan kamu kepada sahabatmu menyamai kemarahanmu pada musuhmu, kerana kemarahan kepada sahabat kerana kecintaan kamu kepadanya, sedangkan kemarahan kamu kepada musuhmu adalah kerana kemurkaan Allah kepadanya.

"Lantaran itu, menghadapi kesilapan sahabat tentulah tidak sama kaedahnya menghadapi musuh.

"Perasaan kita turut berubah dan seluruh citarasa akan berbeza," kata ketua penerangannya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man ( kanan ).

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi pada 9 September lalu mengumumkan Nasharudin kekal sebagai anggota Majlis Syura Ulama parti itu.

Bagaimanapun, katanya, kedudukan Nasharuddin tidak dibincangkan dalam mesyuarat jawatankuasa berkenaan, yang berlangsung selama dua jam bermula jam 9 malam sehingga lewat malam malam.

Dalam kenyataannya hari ini, Tuan Ibrahim berkata, pelbagai isu sengaja diperbesar media untuk membentuk pemikiran rakyat untuk memerangkap ahli dan pimpinan PAS.

"Mereka gila mengimpikan Pakatan Rakyat berpecah atau dalaman parti bergolak.

"Bagi sesebuah parti di ambang ajal, tiada yang lebih menyeronokkan baginya melainkan musuh mereka berpecah," katanya.

'Syaitan tak dikenali' menangis

Bagaimanapun, tambahnya, pengalaman lama PAS dalam politik negara ini menjadikannya berjaya mengenali perangkap yang didakwa dipasang "musuh" itu.

Mengulas keputusan yang diumumkan presisennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang ( bawah, berbaju hijau ) lewat Ahad malam, Tuan Ibrahim berkata, keputusan itu benar-benar mengecewakan musuh.

NONE "Tindakan ini menyebabkan ‘syaitan yang dikenali' menangis, manakala 'para malaikat yang tidak dikenali' Insya-Allah akan gembira," sindirnya merujuk kepada kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad yang memetik peribasaha Inggeris sebelum ini.

Justeru, beliau mengingatkan penyokong PAS supaya tidak menghabiskan masa, tenaga dan wang ringgit untuk menghadapi isu yang sengaja dilontar oleh musuh.

"Mereka memang dilatih untuk kerja jahat ini, dan janganlah keikhlasan kita menyebabkan gagal mengenali mana sahabat dan mana musuh," katanya.

Nasharuddin sebelum ini mengeluarkan kenyataan kontroversi dengan mencadangkan PAS keluar daripada Pakatan jika DAP menentang hudud, yang dilaporkan oleh TV3 dan Utusan Malaysia .


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS