Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Timbalan menteri bantah polis gari remaja
Diterbitkan:  Sep 7, 2012 1:10 PM
Dikemaskini: 5:12 AM

Timbalan Menteri Belia dan Sukan Gan Ping Sieu akan menulis kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar bagi menyatakan bantahannya terhadap tindakan pasukan keselamatan menggari gadis 19 tahun Ong Sing Yee yang didakwa memijak gambar perdana menteri.

NONE Senator itu mahukan polis mengkaji semua prosedur operasi standard (SOP) membuat tangkapan, terutamanya terhadap wanita, remaja, suspek yang tidak ganas dan pihak yang tampil menyerah diri.

Gan merujuk kepada tindakan polis menggari Ong ketika dia menyerah diri di balai polis ohor Bahru Central pada Rabu lalu.

Dalam kenyataannya malam tadi, beliau berkata, polis tidak semestinya menggari model sambilan itu kerana ia boleh menyebabkan trauma yang berpanjangan.

"Sebaliknya polis harus mengamalkan cara yang lebih berperikemanusiaan apabila menguruskan kes-kes sebegini," kata Gan yang juga naib presiden MCA.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS