Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
LGE dipelawa tinjau tanah di Taman Manggis
Diterbitkan:  Sep 4, 2012 5:56 PM
Dikemaskini: 9:59 AM

Pergerakan Pemuda Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang hari ini menjemput Ketua Menteri Lim Guan Eng untuk bersama-sama turun padang bagi meninjau kawasan tanah kosong di Taman Manggis di Jalan Zainal Abidin di George Town.

Ketuanya, Oh Tong Keong berkata pergerakan itu akan menyerahkan surat jemputan rasmi kepada Lim berhubung perkara itu esok pagi.

    

Beliau berkata tinjauan itu antara lain untuk memberi gambaran kepada ketua menteri itu supaya meneruskan Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang sepatutnya dibangunkan di tanah tersebut.

    

"Kami juga akan menunjukkan semua dokumen sebagai bukti supaya beliau (Lim) memahami sepatutnya meneruskan pembangunan projek perumahan rakyat seperti yang telah dirancang sebelum ini," katanya dalam satu sidang akhbar di George Town hari ini.

    

Jun lepas, BN negeri mendedahkan tanah seluas 0.45 hektar itu yang sepatutnya dibangunkan untuk PPR fasa kedua dijual kepada syarikat swasta untuk pembinaan bangunan setinggi 30 tingkat yang mengandungi 19 tingkat hotel, enam tingkat hospital swasta dan lima tingkat tempat letak kereta.

Lim sebelum ini berkata tanah itu terpaksa dijual kerana keluasannya tidak mencukupi untuk membangunkan projek perumahan.

    

Susulan itu, Pemuda BN negeri menyatakan minat untuk membeli semula tanah berkenaan bagi dibangunkan dengan perumahan kos rendah.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS