Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Najib mahu sokongan padu, bukan 'sipi-sipi'
Diterbitkan:  Sep 4, 2012 9:23 AM
Dikemaskini: 5:11 AM

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berharap semua rakyat Pahang memberi sokongan padu kepada kepimpinan dan usaha beliau mentadbir serta melakukan pembaharuan kepada negara.

"Kalau sokongan kita sipi-sipi...maka tanpa mandat yang kuat kita (kerajaan) tidak boleh menyakinkan rakyat untuk melakukan apa yang perlu untuk kebaikan negara.

    

"Kita dapat lihat mutakhir ini bagaimana pembaharuan sedang kita kecapi melalui GTP (Program Transformasi Kerajaan), ETP (Program Transformasi Ekonomi) dan pelbagai lagi inisiatif termasuk penyenaraian Felda Global Ventures (Holdings Bhd) yang merupakan penyenaraian kedua terbesar di dunia (tahun ini)," katanya.

    

Najib berucap di hadapan lebih 2,000 anak-anak Pahang yang menetap di ibukota di majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Persatuan Kebajikan Anak-anak Pahang di ibunegara malam tadi.

    

Perdana menteri percaya lebih banyak manfaat akan diperoleh oleh Pahang jika rakyatnya saling membantu sesama mereka.

    

Menurutnya, pembangunan Pelabuhan Kuantan yang akan memasuki fasa seterusnya serta pembinaan kawasan industri di pelabuhan itu akan membawa kemajuan dan pembaharuan lebih bermakna kepada rakyat Pahang.

Di majlis itu, Najib turut menyampaikan hadiah kepada anak yatim dan orang kelainan upaya (OKU).

    

Terdahulu, Najib dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor menghadiri Rumah Terbuka Khazanah Nasional di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS