Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Tweetup Merdeka: Rais pesan guna bahasa sopan
Diterbitkan:  Aug 30, 2012 7:04 AM
Dikemaskini: Aug 30, 2012 8:40 AM

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim meminta pengguna laman sosial Twitter agar berhemah ketika menyertai TweetUp Merdeka pada malam 31 Ogos nanti.

    

Walaupun tidak mempunyai kuasa untuk menapis mesej yang dihantar dalam Twitter, beliau berharap pengguna menggunakan perkataan sopan yang melambangkan sokongan kepada perdana menteri.

    

NONE "Jangan kita menggunakan perkataan yang kurang sopan kerana ini adalah hari merdeka. Masa untuk kita menghayati perjuangan negara kita.

    

"Kalau kita menerima adab timur dan masyarakat yang beradab, saya tidak fikir, mereka akan menggunakan bahasa yang tidak sopan," katanya selepas meninjau raptai persiapan 'Perhimpunan Janji Ditepati' di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi.

Mengulas mengenai persiapan perhimpunan itu, Rais berkata beliau berpuas hati dengan komitmen yang ditunjukkan oleh 8,500 peserta yang terdiri daripada 75 peratus generasi belia.

    

"Saya amat yakin segala persiapan yang dibuat akan berjalan lancar pada malam itu nanti.

"Saya berterima kasih kepada para peserta termasuklah ibu bapa, guru, jabatan dan setiap yang terlibat dalam menjayakan acara ini," katanya.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS