Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

EKSKLUSIF Kerajaan menerima cadangan untuk menegur tiga pemimpin penting BN ekoran penentangan terbuka mereka terhadap Seksyen 114A Akta Keterangan 1950.

Ketiga-tiga mereka Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Gan Ping Sieu dan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin.

Sumber kerajaan memberitahu Malaysiakini , kabinet membuat keputusan itu dalam mesyuarat yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 15 Ogos.

"Dicadangkan supaya perdana menteri atau timbalan perdana menteri memanggil dan memberikan amaran kepada dua timbalan menteri itu kerana bertindak bertentangan dengan pendirian kerajaan," dedah sumber itu.

"Turut dicadangkan supaya Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz bertemu dengan dua timbalan menteri itu dan Khairy untuk mendengar pandangan mereka, dan menjelaskan pendirian kerajaan kepada menera."

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS