Universiti Malaya (UM) kini menggunakan kod tata kelakuan baru yang antaranya melarang penyebaran maklumat, propaganda dan ideologi parti politik di dalam kampus melalui pelbagai cara.
Menurut garis panduan yang diwartakan pada 22 Jun lalu itu, aktiviti yang dilarang termasuk menyebarkan risalah berkaitan, mempamerkan sepanduk, poster, sebaran lisan dan melalui media elektronik.
Panduan sembilan halaman yang dimuat naik ke laman web UM itu juga menjelaskan ia bertujuan memastikan keamanan dan keharmonian kampus terjamin.
Perkara lain yang turut dilarang:
- Berurusan dengan parti politik atau persatuan luar kampus tanpa kebenaran UM, termasuk membuat penyataan atau mengutip sumbangan bagi pihak parti politik dalam kampus.