Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Hukuman berkelakuan baik tak bermakna pemain boling tak bersalah'
Diterbitkan:  Aug 27, 2012 6:10 PM
Dikemaskini: 10:12 AM

Mahkamah Rayuan menetapkan walaupun pemain boling kebangsaan Nor Afizal Azizan terlepas hukuman penjara dan diganti dengan bon peribadi RM25,000 serta jaminan berkelakuan baik, ia tidak bermaksud beliau bebas daripada kesalahan yang dilakukan,

Hakim Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md Raus Sharif, yang merupakan hakim kedua tertinggi dalam negara ini berkata kesalahan itu direkodkan dan individu berkenaan sebenarnya telah dihukum.

NONE "Ia akan menjadi sebahagian daripada rekod jenayah individu itu dan akan kekal sepanjang hayatnya. Dalam kes ini perayu dijatuhkan hukuman penjara yang tertangguh dan perlu berkelakuan baik selama lima tahun.

"Jika beliau patuh, beliau akan terlepas daripada hukuman penjara.

"Jika beliau gagal mematuhi syarat itu, beliau akan diberkas dan berhadapan hukuman asal kesalahan rogol itu.

"Sama seperti hakim mahkamah sesyen Melaka, kita harap hukuman tertangguh itu akan memberinya peluang baru dan berubah sikap.

"Jika hukuman penjara tertangguh itu mampu memulihkannya, maka kepentingan awam telah dipenuhi dan ia dilaksanakan dengan cara terbaik," katanya dalam penghakiman setebal 14 halaman yang diterbitkan hari ini.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS