Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
DAP gesa S'gor gubal undang-undang lompat parti
Diterbitkan:  Aug 24, 2012 3:36 PM
Dikemaskini: 8:09 AM

MP Puchong Gobind Singh menggesa kerajaan Selangor supaya mengikut jejak langkah Pulau Pinang yang mengumumkan untuk menubuhkan undang-undang ant-lompat parti.

MP DAP itu berkata, langkah itu penting kerana tindakan lompat parti bukan sahaja satu "pengkhianatan" kepada rakyat tetapi juga salah dari segi moral.

Katanya lagi, demokrasi tidak sepatutnya merendahkan pilihan rakyat dalam memilih wakil mereka dalam pilihanraya.

“Undang-undang itu harus memfokuskan impak kepada rakyat apabila wakil rakyat yang dipilih mereka berpaling tadah bagi menyokong orang yang ditolak oleh rakyat tersebut semasa pilihan raya," katanya dalam satu kenyataan.

Peguam itu berkata, hak rakyat dalam menjalankan hak demokratik mereka untuk mengundi dalam pilihan raya harus lebih besar daripada hak berpersatuan yang terkandung dalam perlembagaan.

"Perkara lainyang menyebabkan konsep demokrasi pilihan raya tidak bermakna dan tidak diperlukan," katanya lagi.

Beliau memperstujui pandangan bapanya, pengerusi kebangsaan DAP Karpal Singh yang berkata Pakatan Rakyat tidak seharusnya berdiam diri dengan keputusan mahkamah bahawa undang-undang itu bertentangan dengan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.

Gobind berkata, BN bersikap pesimis dalam mengenepikan perkara itu dengan hanya merujuk kepada keputusan mahkamah.

"Jika ada sesuatu yang tidak betul, kita mesti perbetulkan," katanya yang menambah, perkara itu boleh dilakukan dengan menggubal undang-undang baru atau semakan keIni boleh dilakukan sama ada dengan menggubal undang-undang atau semakan kehakiman.

Seperti juga pemansuhan ISA, langkah itu boleh dibuat di peringkat negeri dan persekutuan untuk membetulkan perkara itu, katanya.

“DAP menyatakan dengan jelas bahawa ia menentang lompat parti. Terpulang kepada BN untuk membentangkan pindaan yang perlu. Dengan sokongan kami, perlembagaan boleh dipinda untuk membetulkan keadaan," katanya.

Kerajaan Kelantan yang dipimpin PAS pada 1991 meminda perlembagaan negeri itu untuk menghapuskan kelayakan seorang wakil rakyat sekiranya kehilangan keahlian dalam parti.

Pindaan itu dicabar di mahkamah dan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 1991 memutuskan bahawa pindaan itu bertentangan dengan Perkara 10(1) Perlembagaan Persekutuan.

Keputusan itu kemudiannya dikekalkan oleh panel Mahkamah Persekutuan yang berpendapat ia bertentangan dengan hak berpersatuan di bawah Perkara 10(1)(c).

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS