Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
22 penduduk kecam surat pengusiran di ambang Aidilfitri

Zaiton Mazakar, 60, menangis apabila menerima surat peguam semalam meminta beliau keluar dari tanah - tempat tinggal keluarganya selama satu abad - untuk memberi laluan kepada satu projek pembangunan di Batu Uban, Pulau Pinang.

Di tengah-tengah kesibukan membuat persiapan untuk menyambut Hari Raya esok, Zaiton (kanan dalam gambar di bawah), dilanda kebimbangan di mana dia akan tinggal, selepas tempoh 14 hari yang diberikan dan bagaimana dia untuk membawa barang-barangnya berpindah dari situ.

left zaition makasar woman affected by eviction batu uban village penang Katanya, dia amat kesal kerana peguam menghantar notis

guaman itu pada akhir Ramadan (17 Ogos) dan di ambang Syawal dan lebih buruk lagi, tambahnya, mereka diminta keluar dari rumah mereka pada hari Merdeka..

"Ini membuat saya, keluarga saya dan jiran saya, berada dalam keadaan yang sangat tidak menentu tentang masa depan kami,' katanya, sambil menambah bahawa sambutan hari raya kali ini amat menyedihkan.

Zaiton memberitahu Malaysiakini demikian ketika ditemui selepas mesyuarat penduduk kampung tersebut hari ini.

Zaiton  menyertai 21 orang penduduk lagi dari Kampung Tengah dan Kampung Belacan - yang membabitkan kawasan seluas 4.6 ekar dalam Kampung Batu Uban - yang terletak di seberang Universiti Sains Malaysia, yang terjejas dengan satu projek pembangunan.

Difahamkan pemaju telah membeli tanah itu daripada beberapa pemilik dan merancang untuk membina dua blok kondominium dan rumah mewah  yang berharga RM390,000 ke atas.

Pemaju: Penduduk tolak tawaran

Menurut surat peguam yang bertarikh 16 Ogos, yang diperolehi oleh Malaysiakini , mereka perlu mengosongkan rumah masing-masing dalam tempoh 14 hari, dan jika tidak, pemaju akan memulakan tindakan undang-undang terhadap mereka.

Dalam surat yang diterima oleh penduduk kampung semalam, peguam menyatakan bahawa perbincangan, yang bermula tiga tahun lalu, di antara kedua-dua pihak telah tamat.

Menurutnya, memandangkan 22 penduduk telah menolak tawaran pampasan yang dibuat oleh pemaju pada 30 Julai, maka mereka diminta mengosongkan tanah tersebut dalam tempoh 14 hari (Ogos 31).

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS