Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Senator BN berpaling tadah, sokong Pakatan
Diterbitkan:  Aug 12, 2012 11:33 AM
Dikemaskini: 9:45 AM

Sehari selepas kunjungan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke Sabah, seorang lagi wakil rakyat negeri itu, Senator Datuk Maijol Mahap secara rasmi mengumumkan keluar parti.

Maijol membuat pengumuman itu di kediamannya di Kampung, Goshen, Kota Marudu petang ini.

Katanya, pemimpin bahagian Upko juga akan mengikut jejak langkahnya.

Dalam ucapannya, Maijol berkata beliau hilang keyakinan dengan pengumuman "saat akhir" Najib utnuk membentuk suruhanjaya siasatan diraja bagi menyiasat berhubung pemberian taraf kerakyatan kepada imigran di negeri itu.

Maijol pada 29 Julai lalu menimbulkan tanda tanya apabila hadir bersama ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu majlis bersama MP Tuaran yang keluar parti pada hari itu, Datuk Seri Wilfred Bumburing.

MP Beaufort, juga mengambil tindakan sama pada hari itu.

Maijol pada majlis itu mengumumkan hasratnya untuk meninggalkan parti Upko namun tidak menyatakan sama ada akan menyokong Pakatan Rakyat.

Bagaimanapun, seorang pemimpin kanan PKR mengesahkan bahwa naib presiden Upko itu akan bertindak demikian hari ini.

MP Kota Belud, Datuk Rahman Dahlan juga telah menjangkakan perkara sama.

Buat masa ini masih belum jelas sekiranya Maijol akan menyertai Pakatan namun beliau dijangka akan menyertai pembangkang melalui pertubuhan mesra Pakatan yang menggunakan nama Pakatan Perubahan Sabah.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS