Pulau Pinang mengumumkan bahawa ia tidak akan menggunakan tema Hari Merdeka alternatif Pakatan Rakyat kerana ia telahpun memutuskan temanya sendiri pada bulan Julai lalu.
Ini bermakna semua empat negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat akan menggunakan tema Merdeka yang berlainan.
Bercakap dalam satu sidang akhbar hari ini, Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata, kerajaan negeri akan menggunakan tema Budaya Bersih, Merdekakan Rakyat.
Pakatan telah mengumumkan Sebangsa, Senegara, Sejiwa pada 1 Ogos lalu sebagai tema alternatif kepada tema kerajaan pusat Janji ditepati .
Tema kerajaan pusat itu menjadi sasaran kritikan kerana ia juga digunakan oleh BN sebagai tema kempennya menjelang pilihan raya umum.
Seperti Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan telah pun memutuskan tema masing-masing sebelum kepimpinan tertinggi Pakatan mengumumkan tema alternatif tersebut.
Buat masa ini, hanya Selangor satu-satunya negeri yang akan mengguna tema Pakatan itu.
MB: Ringkas tapi seru penghayatan sebenar
Sementara itu, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, mesyuarat exco Selangor bersetuju menggunakan tema perayaan "Sebangsa, Senegara, Sejiwa" walaupun ia ringkas.
Ini kerana, ia mempunyai makna mendalam dan mampu menyeru seluruh rakyat tanpa mengira bangsa, agama dan pendirian politik untuk menghayati erti sebenar kemerdekaan, katanya.
"Kami berharap tema ini akan memeriahkan lagi perayaan kemerdekaan peringkat negeri Selangor yang akan diadakan pada ambang merdeka pada malam 30 Ogos di Dataran Kemerdekaan Shah Alam," katanya dalam kenyataan petang ini.
[Baca berita penuh]
Tema Merdeka: Rais kata Pakatan tiru BN
'Sebangsa, Senegara, Sejiwa, tapi 3 tema'
Mustafa: Negeri Pakatan guna tiga tema berbeza
Nazri: BN berhak tentukan tema merdeka
Negeri Pakatan guna tema alternatif Merdeka
Pak Lah sokong tema 'Janji Ditepati'
. Penulis lirik tawar bantuan untuk lagu merdeka baru
Kemarau pingat M'sia akan berakhir esok
Rais: Pembangkang cari publisiti murahan
Lagu tema kemerdekaan paling buruk dalam sejarah negara
Tema merdeka Pakatan: 'Sebangsa, Senegara, Sejiwa'
Rais minta pandangan lagu tema Merdeka
2 tema merdeka tak pecah belah, kata PKR