Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
CIJ lancar hari cegah siar internet Selasa ini
Diterbitkan:  Aug 8, 2012 1:11 PM
Dikemaskini: 6:59 AM

Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ) Malaysia akan melancarkan hari cegah siar internet Selasa depan dalam kempen menentang pengenalan 114A, Akta Keterangan yang dikatakan akan mengongkong kebebasan Internet.

Ia bertujuan untuk mewujudkan kesedaran di kalangan pengguna Internet mengenai impak negatif pindaan tersebut terhadap kebebasan bersuara di talian.

NONE Pegawai Eksekutif CIJ, Masjaliza Hamzah (kanan), dalam satu

kenyataan berkata, matlamatnya adalah untuk warga internet mendesak kerajaan menarik balik pindaan yang diluluskan secara tergesa-gesa bersama dengan beberapa undang-undang lain, dalam sidang Parlimen April lalu dan diwartakan pada 31 Julai.

"Pindaan ini telah menimbulkan kebimbangan banyak pihak seperti peguam, aktivis dan perniagaan berasaskan Internet. Di bawah seksyen itu, seseorang pengguna internet dianggap penerbit mana-mana kandungan dalam talian, melainkan ia dibuktikan sebaliknya.

"Ia juga menjadikan individu dan mereka yang mentadbir, mengendali atau menyediakan ruang untuk forum komuniti dalam talian, blog dan hos perkhidmatan, bertanggungjawab ke atas kandungan yang disiarkan.

"Anggapan bersalah ini bertentangan dengan prinsip asas

keadilan, iaitu tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah dan membebankan seseorang yang mungkin tidak mempunyai sumber untuk mempertahankan dirinya di mahkamah," katanya.

azlan Jangkauan luas pindaan tersebut, katanya, akan memberi kesan kepada semua pengguna internet, lamanweb yang menyediakan ruang untuk komen dalam talian, dan mana-mana premis perniagaan yang menyediakan Wi-Fi percuma kepada pelanggan mereka.

Seksyen baru ini telah digubal walaupun pada hakikatnya undang-undang yang sedia ada - termasuk Akta Jenayah Komputer 1997, Akta Hasutan 1948, Akta Fitnah 1957, dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 - telah digunakan untuk menangkap dan mendakwa mereka yang dituduh melakukan fitnah, penipuan dan hasutan melalui talian.

Ia telah dilaporkan oleh peguam hak asasi manusia Edmund Bon bahawa pindaan Seksyen 114A tidak perlu kerana polis boleh mendapatkan bukti dengan cara lain, dan tidak mempertanggungjawabnya terhadap pengendali perkhidmatan itu.

Ahli Parlimen Pakatan Rakyat telah menggesa supaya seksyen itu dibatalkan kerana ia mengongkong media Internet.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS