Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, BN selaku parti yang lebih berperanan dalam memperjuang kemerdekaan berhak menentukan tema untuk sambutan Hari Kebangsaan.

Katanya, perikatan Umno-MCA-MIC pada masa itu memainkan peranan yang lebih besar berbanding parti pembangkang seperti PAS dan DAP dalam memperjuang kemerdekaan.

NONE "PAS tahun 1951 dia ditubuhkan tetapi pada masa itu dia tentang kemerdekaan.

"DAP pula cuma ditubuhkan pada tahun 1969," kata Nazri dalam satu sidang media dibangunan parlimen hari ini.

Nazri (foto, kanan) diminta mengulas mengenai tindakan kerajaan untuk terus menggunakan tema "Janji Ditepati" yang mencetuskan kontroversi kerana tema tersebut didakwa merupakan slogan propaganda BN.

Susulan itu, Pakatan mengumumkan tema alternatif "Sebangsa Senegara Sejiwa" kerana tidak bersetuju dengan tema tersebut.

Mengulas perkara ini, Nazri berkata beliau percaya Pakatan menolak tema "Janji Ditepati" kerana ia mengingatkan rakyat kepada janji-janji pilihan raya yang masih belum dipenuhi.

"Tahun 2008 mereka janji (antaranya) hendak bagi janda dan ibu tunggal RM600 tapi janji itu tak ditepati.

"Jadi sekarang mereka terasalah. Mereka ini sensitif sebab mereka tak tepati janji mereka," kata Nazri sinis.

Beliau mendakwa, Pakatan juga terus membohongi rakyat apabila masih gagal mencapai persetujuan berkenaan pelaksanaan hukum hudud.

"Ini semua kaki penipu besar. Tak selesai kes hudud kata dah selesai," katanya sambil menambah Ahli Parlimen Jelutong, Karpal Singh sendiri masih lagi menolak cadangan PAS itu.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS