Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
AMK: Guna karyawan gubah semula lagu merdeka
Diterbitkan:  Aug 3, 2012 1:14 PM
Dikemaskini: 5:23 AM

Selepas pelbagai kontroversi, Pemuda PKR (AMK) mencadangkan kerajaan menggubah semula lagu tema kemerdekaan dengan menggunakan tenaga pakar karyawan muzik supaya lebih menepati semangat "kemerdekaan tulen".

Ketua AMK Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, kumpulan seniman seperti Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) boleh dipanggil membantu bagi tujuan itu.

NONE "AMK berpendapat, setelah kerajaan Umno-BN menarik balik logo sambutan Hari Kebangsaan berikutan protes rakyat, maka sudah sampai masanya kerajaan menarik kembali lagu tema yang menyaksikan gubahan lirik yang sangat jelek," katanya.

Shamsul ( atas ) membangkitkan dakwaan plagiat terhadap lagu bertemakan "Janji Ditepati" gubahan Jasnie Mohd Yaakub yang liriknya ditulis oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim

Rais dan Jasnie bagaimanapun menafikan dakwaan itu.

Lagu itu juga sebelum ini dikritik pelbagai pihak atas dakwaan mendokong propaganda BN, antaranya apabila mengajak pendengar "membalas budi".


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS