Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
George Kent nafi gagal penilaian teknikal
Diterbitkan:  Aug 2, 2012 6:47 PM
Dikemaskini: 11:13 AM

Syarikat kerjasama George Kent-Lion Pacific menafikan pihaknya gagal dalam penilaian teknikal sebelum dianugerahkan projek sambungan LRT Ampang bernilai RM1.1 bilion.

Pengarah eksekutif George Kent, Ir Dr Cheong Thiam Fook sebaliknya berkata, syarikatnya telah terbukti berpengalaman dalam bidang kejuruteraan dan kemahiran pengurusan untuk menyelesaikan projek itu.

"Kami dengan tegas menyangkal dakwaan tidak berasas bahawa kerjasama George Kent-Lion Pacific gagal dalam penilaian penuh teknikal dan komersial.

"Juga tiada sebarang persoalan lagi bahawa George Kent mempunyai kunci kira-kira yang sihat dan dalam kedudukan kewangan yang kukuh, yang ditunjukkan dalam angka teraudit," katanya.

Dalam kenyatannya petang ini, Dr Cheong juga berkata, pihaknya yakin akan dapat menyelesaikan projek sambungan LRT Ampang berdasarkan kos dan masa yang ditetapkan.

"Kami bangga menjadi entiti di Malaysia yang dipilih untuk menerajui projek ini selepas penilaian yang panjang dan ketat oleh pelbagai jawatankuasa pakar sebelum akhirnya diluluskan...," kata Dr Cheong.

Syarikat Prasarana Negara Bhd kelmarin secara rasmi mengumumkan bahawa kontrak sambungan LRT Ampang dianugerahkan kepada syarikat kerjasama George Kent-Lion Pasific.

[Baca berita penuh]

 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS