Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Mengunakan tema yang berbeza untuk sambutan Hari Kebangsaan di negeri-negeri Pakatan Rakyat tidak akan memecah belahkan kerana tema sedia ada sudah mewujudkan keadaan berpuak-puak, kata Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

NONE "Bagaimana kamu katakan moto kami yang menggesa ke arah satu negara, satu jiwa sebagai memecahbelahkan?

"Ini cabaran kepada pimpinan Umno-BN untuk mempertimbangkan kembali pendekatan partisan mereka," katanya.

Katanya, setakat ini tiada sebarang keputusan untuk negeri Pakatan menggunakan tema alternatif "Sebangsa, Senegara, Sejiwa" yang diumumkan Sasterawan Negara A Samad Said semalam.

Bagaimanapun, kata Anwar, beliau bersedia menasihatkan Pakatan menggunakan tema baru oleh kerajaan BN sekiranya tema sedia ada Janji Ditepati diubah.

Samad sebagai pengerusi jawatankuasa pemilihan tema kemerdekaan alternatif Pakatan semalam mengumumkan "Sebangsa, Senegara, Sejiwa" untuk menggantikan tema "Janji Ditepati" oleh kerajaan BN.

Katanya, walaupun kerajaan belum tentu akan menerimanya, mereka harus tahu bahawa ia "datang daripada rakyat" dan diperhalusi daripada  250 cadangan yang diterima.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali pula berkata, Pakatan akan memutuskan keperluan mengadakan sambutan kemerdekaan berasingan dengan tema alternatif sekiranya Pusat enggan menukar tema sedia ada.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS