Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Seperti menjelang episode 16 September, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini membayangkan lebih banyak "berita baik" akan datang daripada Sabah.

"Saya akan kembali ke Sabah pada 12 Ogos, dengan kemungkinan lebih berita baik... Kita kena bersedia," katanya kepada pemberita dengan ringkas.

NONE Dua anggota Parlimen BN Wilfred Bumburing (Tuaran) dan Lajim Ukin (Beaufort) minggu lalu meletakkan jawatan dalam parti.

Anwar ( kanan ) juga mendedahkan, perbincangan dengan Lajim and Bumburing sebelum ini berlangsung beberapa bulan.

"Saya sudah maklumkan pemimpin PKR dan DAP. Bukan Lajim dan Bumburing saja, tetapi juga beberapa orang pemimpin lagi," katanya.

Katanya, PKR juga bersedia memberikan kerusi kepada pihak yang baru dalam Pakatan dan ia menjadi jaminan kepada kedua-dua ahli politik itu.

"Sama ada mereka boleh bertanding, saya beri jaminan mereka boleh. Sama ada PKR atau DAP, mereka diberi pilihan (memilih).

"Tetapi ia harus bawah Pakatan, dengan persetujuan pemimpin-pemimpin parti," katanya lagi.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS