Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Tunjuk video seks pemimpin MIC, cabar VP parti itu

Dakwaan bahawa seorang pemimpin terkemuka MIC Perak dirakam dalam video melakukan hubungan seks dengan pekerja seks adalah tidak masuk akal, kata Naib Presiden MIC, Datuk M Saravanan kerana menurutnya tidak "ada satu bukti pun" yang telah dikemukakan.

saravanan kl draft plan 220808 03 "Ia semua dusta. Mari kita bercakap secara logik. Dengan berita pilihan raya semakin hampir, ia adalah peluang keemasan untuk sesiapa yang mahu merosakkan kredibiliti seseorang pemimpin,"

kata Saravanan (kanan) ketika dihubungi hari ini.

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan kesejahteraan bandar itu menyangkal tuduhan terhadap pemimpin MIC Perak itu, dan menganggapnya "hanya satu sandiwara".

"Jika seseorang itu mendakwa bahawa pembangkang memiliki video itu, apa yang mereka tunggu lagi? Mereka akan tunjukkannya sekarang, sama ada sepenuhnya atau sebahagiannya," katanya.

Beberapa portal berita dan akhbar arus perdana menyiarkan dakwaan tersebut, dengan memetik sumber-sumber Pemuda MIC sebagai berkata rakaman video itu ada di tangan pembangkang.

Bagaimanapun, Saravanan berkata, dakwaan tersebut bertujuan untuk membangkitkan rasa tidak puas hati terhadap MIC dan bertujuan untuk "menyemai pandangan" yang memudaratkan individu tersebut.

Malaysiakin i tidak dapat menghubungi individu yang dikaitkan dengan video itu berhubung dakwaan tersebut.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS